SECANTIK WAJAH
Hari itu kami bergegas turun dari pejabat Madrasah masjid al-Nabawi. Ruang pejabat yang terletak di tingkat 2 berhampiran pintu 25 itulah tempat biasa kami menunggu abla (guru) Khadejah untuk bertalaqi.
Kamu diminta ke ruang bersebelahan pintu 27 ... hari ini ada kelas Tauhid ... itu pesan abla khadejah. Abla Busra sedang menunggu kamu.
Seorang pegawai bertugas menegur kami di dalam bahasa arab.
Sebenarnya ... itu agakan sahaja. Maklumlah kami antara pelajar antarabangsa yang masih buta bahasa Arab. Dari kejauhan, kelihatan sudah ramai pelajar berhimpun di atas karpet merah dalam ruang itu. Bersebelahan tiang, ada sebuah kerusi.
Saya melihat seorang wanita cantik duduk di atas kerusi yang disediakan khas di masjid Nabawi. Kerusi khas itu begitu istimewa. Bukan calang-calang yang mampu mendudukinya.
Saya tekun mendengar tutur katanya yang tersusun cantik. Secantik wajahnya.
Saya tekun mendengar tutur katanya yang tersusun cantik. Secantik wajahnya.
"Barangkali ini abla Bushra."
Wajah secantik itu tiada lelaki bukan mahram dapat melihatnya jika di luar masjid Nabawi. Ia tersembunyi di sebalik niqab. Pemiliknya berpakaian Saudi abaya berwarna hitam serta longar besar. Labuhnya berjela. Tiba-tiba salah seorang rakan berbisik:
Kata abla Khadejah kelas Tauhid ini dalam bahasa Inggeris ... tetapi kenapa abla ini berbahasa Perancis?
Saya hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu. Sebenarnya berasa tidak selesa berbisik-bisik ketika kuliah sedang berlangsung. Lagi pun amalan berbisik-bisik barangkali boleh mendatangkan fitnah atau syak wasangka. Apatah lagi di hadapan orang yang dimaksudkan.
(Surah Al-Mujadilah: 9)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan hendaklah kamu tetap bertakwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
Mata wanita cantik itu mengerling ke arah kami. Namun beliau masih meneruskan kata-katanya. Kami melihat rakan sepengajian yang mahir dan memahami bahasa Perancis khusyuk mencatat ke dalam buku latihan.
Mata wanita cantik itu mengerling ke arah kami. Namun beliau masih meneruskan kata-katanya. Kami melihat rakan sepengajian yang mahir dan memahami bahasa Perancis khusyuk mencatat ke dalam buku latihan.
Kami hilang punca.
"Sudahlah tidak faham bahasa arab, dihantar pula ke kelas bahasa ini." hati berkata-kata tanpa paksa.
Rakan-rakan seperjuangan senasib (hanya faham bahasa Inggeris) memandang ke arahnya sambil berusaha berpura-pura memahami pelajaran yang mahu disampaikan. Memang usaha sia-sia!
Dalam diam hati berbisik lagi,"Kalau begini ... apa ilmu yang dapat ditimba? Patutlah ilmu perlu disampaikan dalam bahasa yang boleh difahami oleh penerima. Baru ia menjadi ilmu bermanfaat."
Usai memberikan kuliah. Abla Bushra melemparkan senyuman ke arah kami. Beliau berkata,
Kelas tauhid yang disampaikan dalam bahasa Inggeris diadakan selepas waktu Asar. Waktu antara maghrib dan Isyak di dalam bahasa Perancis. Kalau ramai yang bertutur dalam bahasa Inggeris mahu datang waktu ini, Insya Allah saya maklumkan kepada mudaris (pengetua) di pejabat nanti.
Kami berpandang-pandang sesama sendiri sambil tersipu malu. Begitulah akibat tidak memahami notis berbahasa Arab yang tertera di papan notis di pejabat.
Dalam hati masing-masing mengakui kesilapan dan barangkali berkata," Ya Allah ... kami tersalah masuk kelas rupanya!"
Dalam waktu yang lain, ketika bertalaqi dengan abla Khadejah, saya melihat abla Bushra berada di tepi sudut meja. Tiba-tiba abla Khadejah memandang abla Bushra dan memperkenalkan saya kepadanya. Usai bertalaqi, abla Bushra mengiringi saya keluar dari pejabat. Dengan mesra beliau berkata,
Saya difahamkan kamu mengajar di universiti Taibah? Boleh rekomen saya untuk mengajar di sana? Saya memiliki dwi-sarjana di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis serta Usulluddin. Berasal dari al-Jazeer, utara Afrika.
"Masya Allah Tabarakallah ... ada juga orang Afrika yang putih dan cantik rupanya." Terkeluar secara spontan apa yang terlintas di hati.
Beliau hanya tertawa mendengar sanjungan. Begitulah, di sebalik niqab itu sebenarnya ada wajah cantik kepunyaan wanita bijaksana lagi berwibawa. Bushra begitu cantik ilmunya, akhlaknya secantik orangnya.
Beliau hanya tertawa mendengar sanjungan. Begitulah, di sebalik niqab itu sebenarnya ada wajah cantik kepunyaan wanita bijaksana lagi berwibawa. Bushra begitu cantik ilmunya, akhlaknya secantik orangnya.
Subhanallah!